Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera pakatan pimpinan Arab Saudi yang melancarkan kempen ketenteraan berdarah ke atas Yaman sejak tahun 2015 dilaporkan telah menghalang lebih dari 12 buah kapal daripada memunggah bahan bakar dan bekalan makanan yang disifatkan kritikal di pelabuhan Hudaydah Laut Merah.
Jurucakap Syarikat Petroleum Yaman (YPC), Amin al-Shabati memberitahu stesyen televisyen berbahasa Arab, al-Masirah pada hari Khamis bahawa sekurang-kurangnya 13 kapal yang membawa bahan asas telah menunggu selama beberapa minggu untuk diberikan akses ke pelabuhan strategik Hudaydah.
Kapal-kapal itu juga dilaporkan dirampas di sebalik kenyataan bahawa kesemuanya telah menjalani pemeriksaan di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memperolehi dokumen berkaitan untuk meneruskan tugas masing-masing, katanya.
Al-Shabati selanjutnya menjelaskan bahawa lapan kapal daripada kapal yang dirampas membawa itu membawa bahan bakar (pelbagai jenis), sementara lima yang lain pula dimuatkan dengan bahan makanan yang ditujukan kepada negara Yaman yang teruk dilanda perang.
Bulan lalu, seorang pegawai maritim Yaman berkata bahawa pasukan gabungan yang diketuai oleh Arab Saudi itu telah menyekat beberapa buah kapal yang kini telah dilabuhkan di pelabuhan Jizan yang terletak di barat daya Arab Saudi.
Syarikat Petroleum Yaman mengumumkan dalam satu kenyataan baru-baru ini bahawa Arab Saudi dengan tegas enggan membenarkan kapal tangki berlayar ke Yaman dan sebelum memunggah muatan mereka di sana. -Press TV
15 Disember 2019 - 13:44
News ID: 994029
Tentera pakatan pimpinan Arab Saudi yang melancarkan kempen ketenteraan berdarah ke atas Yaman sejak tahun 2015 dilaporkan telah menghalang lebih dari 12 buah kapal daripada memunggah bahan bakar dan bekalan makanan yang disifatkan kritikal di pelabuhan Hudaydah Laut Merah.